1/24/2017

Hasanatul Abror Sayyiatul Muqorrobin ^_*


Assalamualaikum ^^

"Hasanatul Abrar wa Sayyiatul Muqorrobin"

perbuatan baik yang dilakukan oleh orang-II golongan yang Levelnya itu ABRAR...

bagi orang muqorrobin yang darjatnya lebih tinggi itu adalah perbuatan dosa..
Perbuatan baik, tapi bagi level orang yang lebih tinggi adalah dianggap perbuatan dosa ~



Perbezaan Maqam membezakan kedudukan cara amalannya itu 

Seorang Syaiban Ar-Rai seorang yang hidup dizaman imam As-Syafi'e 

Beliau ditanya tentang 2 soalan 
Yang pertama :-

Apa Hukum orang yang didalam solatnya, terlupa 3 atau 4 rakaat? apa patut dibuat?

orang yang menanyakan soalan ini sengaja ingin menguji sejauh mana kepandaian Syaiban Ar-Rai..

Maka Syaiban Ar-Rai Menjawab : "Kamu nak saya jawab ikut mazhab kamu atau mazhab saya?"

kata sipulannya itu, pelik juga ada dua mazhab ke dalam hal ini?

kata sipulan : "kau jawab kedua-dua mazhab, mazhab kau dan mazhab saya

kata Syaiban : "Dalam mazhab kamu, orang yang lupa rakaat 3 atau 4 maka dia meyakini yang sedikit, kemudian tambah 1 rakaat dan sujud sahwi :))

betul! bagaimana pula dengan Mazhab kamu Syaiban Ar-Rai?

kata Syaiban : "Kalau dalam mazhab saya, orang ini mesti disebat ! macam mana masuk dalam solat dia boleh lupa kepada Allah ...sedangkan dia menghadap kepada Allah tapi boleh lupa Allah...

orang yang lupa kepada zat yang dihadapnya patut untuk dihukum bukan untuk digantikan dengan sujud sahwi...


kemudian ditanya lagi tentang hukum zakat..

"kalau kambing berapa kita kena keluarkan zakatnya?"

Lalu Syaiban Ar-Rai sekali lagi menjawab "Kamu ingin mazhab saya atau mazhab kamu?"

kata sipulannya : "jawab kedua-dua mazhab"

"Jika mazhab kamu, seseorang yang mempunyai 40 ekor kambing, 1 ekor kambing dikeluarkan kejalan Allah.."

Tapi Dalam Mazhab Saya

"Al Malu wal mali kuhulillah"

Dalam mazhab saya , harta dan empunya harta milik Allah S.W.T
maka semuanya untuk Allah

40 kambing? semuanya untuk jalan Allah S.W.T

Levelnya berbeza 
Antara kedudukan masing-masing orang diukur dengan kadar makrifahnya kepada Allah

Akan berbezalah cara amalannya kepada Allah S.W.T

Baginda Rasulullah S.A.W berpuasa berterusan sambung...
sepanjang malam baginda bangun dan tidak tidur..

sewaktu ada sahabat ingin meniru Rasulullah S.A.W untuk berpuasa terus dan qiamulail terus tanpa tidur..

nabi kata : "jangan kamu buat"

sahabat kata : "tapi engkau buat? yakni ya Rasulullah, kamu melarang sesuatu perbuatan yang kamu sendiri buat..iaitu puasa berterusan ataupun qiamulail sepanjang malam"

nabi jawab : "Lastuka hai Atikum"

"Saya ini tidak sama dengan kamu"
Levelnya Rasulullah S.A.W tidak sama dengan Sahabat itu

Sesungguhnya saya ini setiap malam berada bersama dengan Allah S.W.T
Allah bagi saya makan dan minum , kata Rasulullah S.A.W

Perbezaan kedudukan seseorang disisi Allah adalah membezakan status amalan seseorang itu kepada Allah S.W.T

HASANATUL ABRAR SAYYIATUL MUQORROBIN :')

No comments:

Post a Comment